Perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan: Pasukan pendakwaan kemuka 32 saksi
PETALING JAYA – Pasukan pendakwaan telah mengemukakan 32 saksi dalam perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang menghadapi pertuduhan mengabaikan anak mereka yang menghidap autisme. Perbicaraan tersebut dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini pada hari ini. Sebelum ini, mahkamah telah memaklumkan bahawa seramai 15 saksi akan dipanggil dalam perbicaraan kes ini, namun peguam bela pasangan itu, Haresh Mahadevan, mengesahkan bahawa jumlah saksi yang akan memberi keterangan kini bertambah kepada 32 orang. Perbicaraan ini dijadualkan berlangsung selama 15 hari, iaitu pada 3 hingga 7 Februari, 17 hingga 21 Februari, dan 10 hingga 14 Mac depan. Pada Jumaat lalu, pasangan terbabit, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menggantung prosiding perbicaraan dan membatalkan pertuduhan terhadap mereka. Mereka juga memohon agar perbicaraan yang berlangsung pada hari ini ditangguhkan sehingga permohonan mereka didengar...