Penunggang Motosikal Maut dalam Nahas Enam Kenderaan di Hulu Langat

Penunggang Motosikal Maut dalam Nahas Enam Kenderaan di Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat – Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa berusia 20 tahun tercampak ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Siasatan awal mendapati sebuah kereta dari arah Ampang memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh empat motosikal dan sebuah kereta lain. Lima penunggang dan pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan, manakala pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa berusia antara 17 hingga 38 tahun, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Popular posts from this blog

WARONG ROTI CANAI 50 SEN VIRAL MELAKA

Perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan: Pasukan pendakwaan kemuka 32 saksi

Kilang Bateri EV dan Telefon Bimbit Musnah dalam Kebakaran di Melaka